google.com, pub-8423681730090065, DIRECT, f08c47fec0942fa0

History of the Rangers: History of 8th Rangers (Para) in the National Language

 
The Courageous
Who Have Looked At
Death In The Eye
Photobucket
Military
History
Google Ads
Miscellaneous
No Atheists
In A Foxhole
“When you're left wounded on

Afganistan's plains and

the women come out to cut up what remains,

Just roll to your rifle

and blow out your brains,

And go to your God like a soldier”

“We are not retreating. We are advancing in another direction.”

“It is fatal to enter any war without the will to win it.”

“Old soldiers never die; they just fade away.

“The soldier, above all other people, prays for peace,

for he must suffer and be the deepest wounds and scars of war.”

“May God have mercy upon my enemies, because I won't .”
“The object of war is not to die for your country but to make the other bastard die for his.

“Nobody ever defended anything successfully, there is only attack and attack and attack some more.

“Fixed fortifications are a monument to the stupidity of man."
“It is foolish and wrong to mourn the men who died.
Rather we should thank God that such men lived.

The Soldier stood and faced God


Which must always come to pass

Photobucket
He hoped his shoes were shining

Just as bright as his brass

"Step forward you Soldier,

How shall I deal with you?


Have you always turned the other cheek?


To My Church have you been true?"


"No, Lord, I guess I ain't


Because those of us who carry guns


Can't always be a saint."

I've had to work on Sundays

And at times my talk was tough,

And sometimes I've been violent,

Because the world is awfully rough.

But, I never took a penny

That wasn't mine to keep.

Though I worked a lot of overtime

When the bills got just too steep,

The Soldier squared his shoulders and said

And I never passed a cry for help

Though at times I shook with fear,

And sometimes, God forgive me,

I've wept unmanly tears.

I know I don't deserve a place

Among the people here.

They never wanted me around


Except to calm their fears.


If you've a place for me here,


Lord, It needn't be so grand,


I never expected or had too much,


But if you don't, I'll understand."

There was silence all around the throne

Where the saints had often trod

As the Soldier waited quietly,

For the judgment of his God.

"Step forward now, you Soldier,

You've borne your burden well.

Walk peacefully on Heaven's streets,

You've done your time in Hell."

Links
& Infor
xxxx
Glorious
Malaysian Food
xxx
&
Other Stuff
xxx

xxx

xxx

XXXX

xxxx
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
History of 8th Rangers (Para) in the National Language
Monday, January 13, 2020

‘AGI IDUP AGI NGELABAN’ BE PROUD STAY AIRBORNE

SEJARAH PENUBUHAN BATALION
KE-8 REJIMEN RENJER DIRAJA PARA

PERIHAL PENUBUHAN ASAL

1. Latar Belakang Membawa Kepada Penubuhan Unit. Tujuan penubuhan adalah seimbang dengan dasar kerajaan untuk membesarkan Angkatan Tentera Darat khasnya. Pada masa itu juga kerajaan Negeri Sarawak berkehendakkan sebuah Batalion Infantri yang mana anggota-anggota terdiri daripada rakyat Sarawak sendiri. Kehendak itu tidak dapat dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan tetapi sebaliknya menubuhkan pasukan 8 Renjer dengan anggota-anggota campuran dari semua Pasukan Renjer pada masa itu.

2. Tarikh Penubuhan. Pasukan 8 Renjer telah ditubuhkan pada 1 Mac 1973. Seramai 500 rekrut rakyat Sarawak telah dipilih untuk mengikuti latihan yang intensif ditempatkan di Kem Terendak, Melaka sebagai pusat latihan. Latihan dimulakan pada 12 Mac 1973 hingga 4 Sep 1973 dijalankan selama 6 bulan. Semasa latihan anggota-anggota rekrut terdiri daripada anak-anak tempatan dan tiada sebarang masalah yang timbul. Upacara tamat latihan telah diadakan di Kem Terendak, Melaka dan tabik hormat telah diambil oleh DYMM Raja Perlis Tuan Syed Putra Ibni Almarhum Syad Hassan Jamalullail pada 4 Sep 1973. Dengan tamatnya latihan asas rekrut itu maka pusat latihan 8 Renjer telah dibubarkan. Pasukan telah diistiharkan sebagai Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Malaysia dan Lt Kol Mokhtar bin Ismail sebagai Pegawai Memerintah yang pertama memerintah Batalion 8 Renjer Malaysia. Pada 1 Jan 1987, mulai dari tarikh tersebut batalion lebih dikenali sebagai Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja Para. Keanggotaannya adalah terdiri daripada anggota-anggota asal batalion ini dan juga anggota-anggota dari batalion-batalion Renjer yang lain secara sukarela.

3. Program pengubahsuaian dari batalion Infantri biasa kepada Batalion Infantri ‘Parachute’ (Payung Terjun) telah berjalan dengan lancar sehinggalah batalion ini menerima taraf operasinya sebagai Batalion Payung Terjun pada Julai 1990. Seterusnya pada 10 Okt 1994, batalion ini bersama-sama pasukan-pasukan lain di bawah naungan 10 Briged Para telah diistiharkan sebagai elemen darat Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) dengan penyampaian Beret Maroon oleh YAB Perdana Menteri di Langkawi. Pasukan juga telah menerima Penganugerahan Panji-panji Rejimen yang dikurniakan oleh DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syad Hassan Jamalullail pada 29 Jun 1999 di Padang Kawad Pasukan.

4. Tempat Ditubuhkan. Kem Terendak, Melaka.

5. Kuasa Penubuhan.

a. Batalion Infantri Biasa. FED (M)/3000/6/72 (01 Mac 73).
b. Batalion Infantri Para. FED (M)/3000/10/90 (01 Mac 87).

6. Acara Perasmian Penubuhan. Acara perasmian penubuhan telah dilakukan pada 4 Sep 1973 di Kem Terendak, Melaka dimana Kol Yang Dipertua Kor Renjer Raja Perlis mengambil tabik hormat Upacara Tamat Latihan 500 rekrut tempatan Sarawak.

7. Kekuatan Pegawai Dan LLP. Seramai 19 Pegawai dan 500 anggota LLp.

NAMA-NAMA PEGAWAI MEMERINTAH SEMENJAK PASUKAN DITUBUHKAN

8. Nama-nama Pegawai Memerintah adalah seperti berikut:

a. Lt Kol Mokhtar bin Ismail - 4 Sep 1973 hingga 1 Jan 1974.

b. Lt Kol Raja Abd Rashid bin Raja Badiozaman - 2 Jan 1974 hingga 1 Jan 1976.

c. Lt Kol Sulaiman bin Hj Kudus - 2 Jan 1976 hingga 26 Dis 1977.

d. Lt Kol Khairuddin bin Sharin - 27 Dis 1977 hingga 8 Ogos 1978

e. Lt Kol C. A. Loone - 9 Ogos 1978 hingga 30 Jan 1980.

f. Lt Kol Wan Mohammad bin Ahmad - 1 Jul 1980 hingga 31 Dis 1981.

g. Lt Kol V. P. Nathan - 1 Jan 1982 hingga 31 Jan 1984.

h. Lt Kol Pak Wan Chik bin Hashim - 1 Feb 1984 hingga 31 Dis 1986.

i. Lt Kol Muhammad Afifi bin Hj Kassim - 1 Jan 1987 hingga 13 Ogos 1989.

j. Lt Kol Aziz bin Rashid - 14 Ogos 1989 hingga 12 Jan 1992.

k. Lt Kol Awie bin Suboh - 13 Jan 1992 hingga 30 Jun 1994.

l. Lt Kol John Derick @ Osman bin Abd Jalil - 1 Jul 1994 Hingga 30 Jun 1996.

m. Lt Kol Ranjit Singh Ramday - 1 Jul 1996 hingga 3 Dis 1999.

n. Lt Kol Toh Choon Siang - 4 Dis 1999 hingga 2 Jul 2002.

o. Lt Kol Shaari bin Baba - 3 Jul 2002 hingga Sekarang.


SARJAN MEJAR REJIMEN

9. Senarai Sarjan Mejar Rejimen adalah seperti berikut:

a. 2022247 PW I Mohd Yassin bin Kassim - 1 Mac 1973 hingga 14 Apr 1974.

b. 10476 PW I Abd Rahman bin Mohd Shariff - 15 Apr 1974 hingga 15 Okt 1976.

c. 2022342 PW I Mohd Yusof bin Ali - 16 Okt 1976 hingga 2 Jul 1980.

d. 925648 PW I Tahir bin Omar - 3 Jul 1980 hingga 17 Dis 1984.

e. 19516 PW I Aziz bin Kanchil - 18 Dis 1984 hingga 12 Mei 1992.

f. 1028988 PW I Izzaudin bin Abdullah - 13 Mei 1992 hingga 20 Dis 1993.

g. 1015418 PW I Ali bin Abd Hamid - 21 Dis 1993 hingga 31 Jul 1995.

h. 1025079 PW I Che Harun bin Hussein - 1 Ogos 1995 hingga 1 Dis 1999.

i. 1032312 PW I Zulkhairi bin Ayob - 1 Dis 1999 hingga 24 Jun 2000.

j. 1063912 PW I Mohd Ahyad bin Hj Ahmad - 24 Jun 2000 hingga 7 Jul 2002.

k. 532953 PW I Roslan bin Saad - 8 Jul 2002 hingga Sekarang.

LOKASI PENEMPATAN

10. Lokasi- lokasi penempatan pasukan adaqlah seperti berikut:

a. Kem Welington, Kem Terendak Melaka - 1 Mac 73 hingga okt 73
b. Kem Tasik Mas, Bau, Sarawak - Nov 73 hingga Jul 74.
c. Kem Wong Padong, Sri Aman, Sarawak - Jul 74 hingga Dis 74.
d. Kem Semanggo, Kuching Sarawak - Jan 75 hingga Dis 76.
e. Kem Syed Putra, Ipoh Perak - Jan 77 hingga Nov 81.
f. Kem Oya, Sibu, Sarawak - Dis 81 hingga 84.
g. Kem Wellington, Terendak, Melaka - Nov 84 hingga sekarang.

SENARAI PENERIMA PINGAT-PINGAT

11. Senarai pahlawan yang dianugerahkan pingat jasa keberanian adalah seperti berikut:

a. PINGAT SRI PAHWANAN (SP). 901738 PW II Kanang ak Langkau - 3 Jun 81
b. PINGAT PAHLAWAN GAGAH BERANI.

(1) 901738 PW I Kanang ak Langkau - 17 Jun 80.
(2) 931679 PW I Beliang ak Bali - 13 Jun 77.
(3) Mej (KM) Micheal Riman ak Bugat - 8 Jun 83.

c. KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN (KPK)

(1) Mej Wong Sing Nang (200471) - 15 Sep 79.
(2) Kapt Othman bin Abd Hamid (453161) - 15 Sep 79.
(3) 932360 Kpl Jampong ak Daong - 15 Sep 79.
(4) 212657 Lkpl Arif bin Harun - 15 Sep 79.
(5) 909226 Lkpl Abang Bhli bin Abnag Boladi - 15 Sep 79.
(6) 203966 Sjn Abdullah bin Omar - 15 Sep 79.
(7) 931739 Lkpl Zaidi bin Masal - 15 Sep 79.
(8) 10111643 Lkpl Rajagopal al Subramaniam - 15 Sep 79.
(9) 931952 Rjr David Winnie ak Munyie - 15 Sep 79.
(10) 931570 Rjr Manggi ak Ganga - 15 Sep 79.

KEJAYAAN PASUKAN DI DALAM OPERASI

12. Semenjak dari bulan Nov 1973 kebanyakkan dari tugas operasi yang dijalankan oleh pasukan ini dalam Negeri Sarawak, sehinggalah pasukan ini berpindah ke Negeri Perak pada bulan Feb 1977, dimana pasukan ini telah dirugaskan untuk membuat gerakan operasi di sekitar Negeri Perak. Dalam jangkamasa 3 tahun di Sarawak, sejumlah 28 gerakan operasi telah dijalankan mulai bulan Nov 1973 hingga bulan Dis 1976. Jangkamasa gerakan pada tiap-tiap satu gerakan di antara masa satu minggu hingga ke 2 bulan. Kawasan operasi ini adalah tertumpu kepada kawasan Bahagian Pertama dan Bahagian Ketiga.

13. Semenjak pasukan ini berpindah ke Negeri Perak, sejumlah 48 operasi telah dilancarkan mulai Feb 1977 hingga Sep 1980. Jangka masa gerakan yang dilancarkan pada setiap satu gerakan adalah di antara 3 minggu hingga ke 2 bulan. Kawasan operasi adalah tertumpu kepada kawasan-kawasan Daerah Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar. Secara ringka penglibatan pasukan ini dalam beberapa gerakan operasi sejak dari awal penubuhannya adalah seperti berikut.

a. Operasi MOONSOON.

(1) Kawasan. Lundu, Sarawak.
(2) Tarikh. 30 Ogos 76 – 12 Dis 76.
(3) Kekuatan.(Termasuk Tumpangan): Batalion.
(4) Nama Ketua. Lt Kol Raja Abdul Rashid bin Raja Badiozaman.
(5) Kejayaan Yang Dicapai.1 PGK dibunuh – Lee Lip Pong.

b. Operasi TANDUK 4.

(1) Kawasan. Gopeng PERAK
(2) Tarikh. 24 Dis 77-23 Jan 78.
(3) Kekuatan. (Termasuk Tumpangan): Batalion.
(4) Nama Ketua. Lt Kol Raja Abdul Rashid bin Raja Radiozaman.
(5) Kejayaan. 1 PGK dibunuh.

c. Operasi SETIA 12.

(1) Kawasan.Keramat Pulai, Perak.
(2) Tarikh. 08 Jun 78-05 Jul 78
(3) Kekuatan. (Termasuk Tumpangan): Batalion.
(4) Nama Ketua. Lt Kol Khairudin bin Shaari.
(5) Kejayaan dicapai. 1 PGK dibunuh- Lip Foh
d. Operasi SETIA 20/78.

(1) Kawasan. Ulu Ringgat.
(2) Tarikh. 01 Dis 78-01 Jan 79.
(3) Kekuatan. (Termasuk Tumpangan): Batalion.
(4) Nama Ketua. Lt Kol Khairuddin bin Shaari.
(5) Kejayaan dicapai. 1 PGK dibunuh

e. Operasi SETIA.

(1) Kawasan. Keramat Pulai,Perak.
(2) Tarikh. 01 Mei 79-14 Jun 79.
(3) Kekuatan. (Termasuk Tumpangan): Batalion.
(4) Nama Ketua. Lt Kol Khairuddin bin Shaari.
(5) Kejayaan dicapai. 5 PGK dibunuh

f. Operasi SETIA 1/80.

(1) Kawasan. Chemor/Tanah Hitam,Perak
(2) Tarikh. 03 Jan 80 –31 Mac 80.
(3) Kekuatan. (Termasuk Tumpangan): Batalion.
(4) Nama Ketua. Lt Kol C.A Loorne.
(5) Kejayaan dicapai. 1 PGK dibunuh

g. Operasi GAWAI .

(1) Kawasan. Ulu Sg. Anap.
(2) Tarikh.16 Jun 81-30 Jun 81.
(3) Kekuatan.(Termasuk Tumpangan): Batalion.
(4) Nama Ketua. Lt Kol Wan Mohamad bin Ahmad
(5) Kejayaan dicapai. 1 PGK dibunuh

h. Operasi PELANDUK 1/99.

(1) Kawasan. Kawasan Negeri Sembilan seperti Bukit Pelanduk, Kg.Sawah, Kg. Jimah, Kg. Sg. Nipah, Kg. Chuah, Kg. India, Lukut Sektor A (Sepang), Kawasan Mambau dan Kuala Sawah.
(2) Tarikh. 19 Mac 99-20 Apr 99.
(3) Kekuatan. 4 + 211.
(4) Nama Ketua. Lt Kol Ranjit Singh Ramday, Mej Nagalingam al Karuppia, Lt Morgan al Krishnan dan Lt M Samzie ak Gusang.
(5) Kejayaan dicapai. Berjaya membasmi penyakit Japanese Encephalitis (JE) dan Nipah Virus (Hendra-Like) serta berjaya membunuh 643,829 Khinzir, 3785 Khinzir liar dan 845 Anjing liar.

i. Operasi PASIR 2/2001.

(1) Kawasan. Kem Kukusan, Tawau, Sabah.
(2) Tarikh. 17 Ogos 2001 sehingga 16 Okt 2001.
(3) Kekuatan. 5 Peg dan 130 LLP.
(4) Nama Ketua dan Penempatan. Kapt Sellimin bin Mappalappang (3005405) dan Penempatan di Kem 7 RAMD Kem Kukusan Tawau.
(5) Kejayaan dicapai. Pada 212100H Sep 2001, 5 x anggota Komp C yang telah diketuai oleh Kapt Sellimin bin Mapallapang (3005776) telah berjaya menahan sebuah Bot Tempel dan menangkap 4 awak-awak berbangsa Bajau Filipina dan barang-barang diantara P. Manaplik dan P. Gulisan. semasa membuat tinjauan di Pulau Mabul.

j. Operasi PASIR 1/2002.

(1) Kawasan. Kem Sri Wangsa, Semporna, Sabah.
(2) Tarikh. 7 Jul 2002 sehingga 23 Sep 2002.
(3) Kekuatan. 5 Peg dan 133 LLP.
(4) Nama Ketua dan Penempatan. Kapt Nurolhisyam bin Shuib (3005405) dan Penempatan di Kem 7 RAMD Kem Kukusan Tawau.
(5) Kejayaan dicapai.

(a) Pada 22 Jul 2002 jam 2230 di perairan Pulau Meiga dan Pulau Tatangan, Semporna telah berjaya menahan “Pump Boat” bersama pemandu, Abdul Sada bin Sidek. KTJ Semporna.

(b) Pada 26 Jul 2002 jam 2330, Penahan PTI seramai 13 orang (3 lelaki dewasa, 6 perempuan dewasa dan 6 kanak-kanak) dan barang-barang seludup di perairan Batu-batu, Sahabat (PP 9957). Gerakan bersama Sub unit Pl 5 dan Bateri C, 6 RAD. KTJ Lahad Datu.

(c) Pada 13 Ogos 2002 jam 1250, Penahanan “Pump Bot” bersama pemandu, Indalsatti bin Tanjung (KP: 540205-12-5367) dan Thilong bin Kimda (SB: 098276) di peraian Tg Sirongol, Pulau Timbun Mata, Semporna. KTJ Semporna.

(d) Pada 21 Ogos 2002 jam 0515, di perairan Pulau Tabawan dan Bakapit, penahanan sebuah bot laju bersama 4 orang penyeludup (seorang cedera) dan wang tunai berjumlah RM 13,000.00 (Dalam bentuk matawang asing), dipercayai untuk membeli rokok-rokok di Pulau Bangga Filipina untuk diseludup ke Lahad Datu. Gerakan oleh Pl 5, B Komp(QRF). KTJ Lahad Datu.

(e) Pada 21 Ogos 2002 jam 0725 di Pulau Nunuyan iaitu penahanan bot dan 2 PTI (Hussin bin Dagam dan Dimbak bin Dagam – kedua dua berbangsa Bajau Filipina. Gerakan bersama 20 RAMD dan Pl 6, Komp B QRF. KTJ Sandakan.

(f) Pada 19 Sep 2002 jam 0230 di Tanjung Aru dan Pulau Berhala penanahan 5 PTI berbangsa Filipina dan barang-barang seludup iaitu rokok cannon 3 Ktn, rokok Memphis 11 ktn dan rokok Pentagon 3 ktn. Gerakan oleh Pl 6, Komp B (QRF). KTJ Sandakan.

(g) Pada 19 Sep 2002 jam 0400 di Pulau Nunuyan iaitu penahanan 24 PTI, 19 lelaki, 3 wanita dan 2 kanak-kanak kesemuanya berbangsa Filipina dan barang seludup iaitu rook Astro 450 ktn, rook Cannon 50 ktn dan Pedang Samurai 3 bilah. Gerakan oleh Pl 6, Komp B (QRF). KTJ Sandankan.

LATIHAN

14. Latihan yang dilaksanakan oleh pasukan adalah seperti berikut:

a. Eksesais KANOPI KENYALANG 24/2001.

(1) Kawasan . ZG PEKOTI, Muadzam Shah Pahang
(2) Tarikh . 25 Mac 2001 – 29 Mac 2001
(3) Kekuatan . Batalion
(4) Ketua dan Penenpatan. Lt Kol Ranjit Singh Ramday.

b. Eksesais SUMAN WARRIOR (CPX) 01/2001.

(1) Kawasan. Brisbane, Australia.
(2) Tarikh. 13 Okt 2001 sehingga 27 Okt 2001.
(3) Kekuatan. 25 + 29 anggota.
(4) Ketua dan Penenpatan. Lt Kol Toh Choon Siang.

c. Latihan Penerjunan Statik/Reunion Jump/Para Challenge.

(1) Kawasan. DZ NENAS, Simpang Renggam, Johor.
(2) Tarikh.. 29 – 30 Jan 2002.
(3) Kekuatan. 7 x Peg dan 60 x LLP.

d. Eksesais KANOPI KENYALANG Siri 26/2002.

(1) Kawasan. ZG NENAS (Simpang Renggam – Batu Pahat) Johor.
(2) Tarikh.. 24 Mac 2002 sehingga 01 April 2002.
(3) Kekuatan. 23 x Peg dan 427 x LLP. Batalion
(4) Ketua dan Penenpatan. Lt Kol Toh Choon Siang.

e. Latihan Lanjutan Penerjunan Statik.

(1) Kawasan. ZG NENAS, Simpang Renggam, Johor.
(2) Tarikh. 22 – 23 Mei 2002.
(3) Kekuatan. 1 x Peg dan 50 x LLP.
(4) Ketua dan Penenpatan. Lt Kol Toh Choon Siang.


f. Eksesais WIRA EAGLE Bersama ‘United States Marined Corp (USMC).

(1) Kawasan. Sungai Lembing, Pahang.
(2) Tarikh.. 21 – 28 Jun 2002.
(3) Kekuatan. 7 + 120 anggota.
(4) Ketua dan Penenpatan. Lt Kol Toh Choon Siang.

g. Latihan Penerjunan Statik Sempena Eksesais HELANG TUAH (Pasukan Merah).

(1) Kawasan. ZG NENAS
(2) Tarikh.. 26 Jul 2002
(3) Kekuatan. 5 + 45 anggota.

h. Latihan Penerjunan Lanjutan ‘Reunion Jump’.

(1) Kawasan. ZG NENAS
(2) Tarikh.. 5 Okt 2002
(3) Kekuatan. 5 + 25 anggota.

i. Latihan Penerjunan Lanjutan Sempena Menonton Tim UKHMK 10 Bgd Para

(1) Kawasan. ZG NANGKA, Kelantan.
(2) Tarikh.. 5 Sep 2002
(3) Kekuatan. 5 + 25 anggota.

j. Latihan Penerjunan Bebas Sempena HUT 10 Bgd Para

(1) Kawasan. Padang Bola 8 RRD Para
(2) Tarikh.. 10 Okt 2002
(3) Kekuatan. 5 x anggota.

k.. Latihan Penerjunan Statik Eksesais PAHLAWAN 11/2002 sebagai Komp ‘Leading Para Battle Group (LPBG)’ membantu 17 RAMD Para

(1) Kawasan. ZG NANGKA, Kelantan
(2) Tarikh.. 25 Okt 2002.
(3) Kekuatan. 5 + 132 (Komp D).
(4) Nama Ketua dan Penempatan. (Kapt M. Hajazi bin Kamis (3007560).

l. Eksesais PAHLAWAN 11/2002 Sebagai Komp ‘Airmobile’.

(1) Kawasan. Kuantan, Pahang
(2) Tarikh.. 14 - 25 Okt 2002
(3) Kekuatan. 5 + 135 (Komp A).
(4) Nama Ketua dan Penempatan. Kapt Nurolhisyam bin Shuib (3005405) di TUDM Kuantan, Pahang.


m. Eksesais KANOPI KENYALANG Siri 27/2003

(1) Kawasan. ZG NANGKA,Tanah Merah, Kelantan dan Setiu Trengganu.
(2) Tarikh.. 28 Apr - 02 Mei 2003
(3) Kekuatan. Batalion.
(4) Nama Ketua dan Penempatan. Lt Kol Shaari bin Baba.


KEJAYAAN DI DALAM SUKAN DAN PERTANDINGAN

15. Larian Jelajah Malaysia 1989. Pada 03 Sep hingga 16 Sep 89, 8 RRD Para telah melaksanakan Larian Jelajah Malaysia melalui 16 fasa sejauh 2,335 km. Seramai 63 pegawai dan LLP dari 8 RRD Para dan seorang pegawai Australia telah mengambil bahagian. Acara pembukaan telah dilaksanakan oleh Panglima 3 Div di Markas 3 Div pada 3 Sep 1989. Manakala, penutup larian telah dilaksanakan oleh Panglima Tentera Darat di Stadium Angkatan Tentera pada 16 Sep 1989.Senarai pegawai dan LLP adalah seperti berikut:

a. Mej Steel Duncan Brown (47708) –3 Royal Australian Regiment Para (Australia).
b. Kapt Nagalingan al Karuppia (3002471)
c. Kapt Ivan Lee Synn Leng (3002649)
d. Kapt Ravindran al Karuppiah ( )
e. Kapt Norman bin Mansor ( )
f. Kapt Bhawanin al Jogologon (3000876)
g. Kapt Che Roslan bin Yahya (3002870)
h. Kapt Tai Kim Chiang (3002835)
i. Lt Rosle bin Mohd Salleh (3002602)
j. Lt Rusman bin Sanip (3003463)
k. 19516 PW I Aziz bin Kanchil
l. 932113 PW II Wan Razali bin Wan Deraman
m. 211882 Sjn Sabri bin Harun
n. 1010022 Sjn Angkol ak Manggang
o. 213485 Sjn Mat Nasir bin Mat Jidin
p. 1021393 Sjn Segar al Govindasamy - Sekarang Mej (KM)
q. 1037841 Kpl Mat Nasir bin Salleh – Sekarang Kapt.
r. 1025116 Kpl Roslim bin Abd Hamid
s. 1032789 Kpl Mohd Noh bin Hj Daud
t. 1016422 Kpl Palanivelo al Arumugam
u. 1014130 Kpl Naing ak Lanjes
v. 1017391 Kpl Amn bin Md Zain
w. 1020084 Kpl Jetty ak Beji
x. 1019311 Kpl Kamaron bin Sulong
y. 1015249 Kpl Ismail bin Khalid
z. 1024599 Lkpl Zahir bin Mohamad
aa. 1050946 Lkpl Jamin @ Bakar ak Sidom
bb. 1050913 Lkpl Enal ak Tol
cc. 1022945 Lkpl Ibrahim bin Mahmud
dd. 1032316 Lkpl Zazali bin Mohd Said
ee. 1032312 Lkpl Zulkhairi bin Ayub
ff. 1036034 Lkpl Mitip ak Panjang
gg. 1055442 Lkpl Arumugam al Munian
hh. 1050926 Lkpl Inggu bin Jaraw
ii. 1032303 Rjr Susainathan al Saminathan
jj. 10510008 Rjr Sabli bin Paie
kk. 1042354 Rjr Farizi bin Mohamad
ll. 1066580 Rjr Tajuddin bin Mohamed Nor
mm. 1033730 Rjr Morgan al Krishnan – Sekarang Kapt.
nn. 1034747 Rjr Jamaluddin bin Md Dah
oo. 1050912 Rjr Encham ak Liang
pp. 1059687 Rjr Raymond al A.H.D Cruz
qq. 1034766 Rjr Mohd Siam bin Pardi
rr. 1040094 Rjr Jamian bin Jangin
ss. 1050908 Rjr Cosman ak Gregory
tt. 1048035 Rjr Kumaran al Madhavan
uu. 1065147 Rjr Stephen ak James
vv. 1068544 Rjr Jafri bin Hamzah
ww. 1055254 Rjr Chellimuthu al Vellai
xx. 1050893 Rjr Bandar ak Sawon
yy. 1035814 Rjr Zulkfli bin Othman
zz. 1063884 Rjr Arshad bin Ismail
aaa. 1036321 Rjr Sahar @ Unos bin Maidin
bbb. 1040544 Rjr Manggang ak Bunsi
ccc. 1053711 Rjr Ariff bin Abd Rahman
ddd. 1064684 Rjr Affendi bin Ibrahim
eee. 1021395 Rjr Suntharsecran al Munusamy
fff. 1050935 Rjr Jemat ak Ngumbang
ggg. 1051004 Rjr Seli ak Tinggi
hhh. 1065749 Rjr Halim bin Hasan

SUKAN DAN PERTANDINGAN

16. Pasukan ini telah mencapai beberapa kejayaan di dalam sukan peringkat briged , kor dan Tentera Darat. Kejayaan-kejayaan pasukan adalah seperti berikut:

a. Tahun 2001.

(1) Menembak peringkat 10 Bgd Para - Johan
(2) Bola Keranjang Kor RRD - Naib Johan
(3) Ragbi Kor RRD - Naib Johan
(4) Bola sepak 10 Bgd Para - Naib Johan
(5) Baola Tampar - Johan

b. Tahun 2002.

(1) Para Challenge 10 Bgd Para - Johan
(2) Ragbi Kor RRD - Johan
(3) Pertandingan SMD - Johan
(4) Tambor dan Serunai 10 Bgd Para - Naib Johan
(5) Bola Keranjang Kor RRD - Naib Johan
(6) Pertandingan UKMHK 10 Bgd Para - Johan
(7) UKMHK TD - Johan
(8) Menembak UKM 10 Bgd Para - Johan
(9) UKM 10 Bgd Para - Johan

c. Tahun 2003.

(1) Tinju 10 Bgd Para - Ketiga
(2) Para Chanllenge 10 Bgd Para - Johan
(3) SMD 10 Bgd Para - Naib Johan


KAMPUNG IKHTIAR PASUKAN

17. Kampung Ikhtiar Hidup ini telah dibina pada awal Februari 1994. Seramai 15 anggota pasukan ini telah terbabit dalam projek pembinaan kampung ini. Kawasan ini mempunyai keluasan 200 meter keliling dengan keadaan asalnya. Kampung Ikhtiar Hidup ini ditadbirkan oleh anggota pasukan ini sendiri iaitu seramai 8 anggota. Mereka adalah anggota yang terlatih dan mahir khususnya dalam aspek ikhtiar hidup atau survival.

OBJEKTIF

18. Kampung Ikhtiar Hidup ini didirikan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

a. Melatih serta memberi pendedahan khususnya kepada anggota baru mengenai kepentingan segala aspek berkenaan ikhtiar hidup seterusnya pengetahuan tersebut dapat dipraktikkan ketika dalam kecemasan ataupun ketika perlu.

b. Untuk menentukan segala kemahiran dan pengalaman dari mereka yang pakar dapat diperturunkan kepada generasi baru agar ia tidak hilang atau luput oleh peredaran zaman.

c. Melengkapkan anggota pasukan ini sebagai anggota yang terlatih segala aspek selaras dengan tugas dan peranan yang dimainkan.

KANDUNGAN

1. SEJARAH PENUBUHAN PASUKAN
2. PEGAWAI MEMERINTAH SEMENJAK PASUKAN DITUBUHKAN
3. SARJAN MEJAR REJIMEN
4. KEJAYAAN OPERASI PASUKAN
5. SENARAI PENERIMA PINGAT-PINGAT
6. KEJAYAAN PASUKAN DI DALAM OPERASI

7. LATIHAN

8. KEJAYAAN DI DALAM SUKAN DAN PERTANDINGAN

9. LAWATAN

10. KAMPUNG IKHTIAR PASUKAN
posted by Major D Swami (Retired) @ 5:09 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
ARCHIVES


Previous Post
Links
Links To Rangers
Military Related Links


XXXX
xxxx
xxxx
XXX
XXXX
World
xxxx
Advertistment
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Advertistment
XXXXXXXX
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© Modified on the 12th January 2008 By History of the Rangers .Template by Isnaini Dot Com
google.com, pub-8423681730090065, DIRECT, f08c47fec0942fa0 <bgsound src=""> google.com, pub-8423681730090065, DIRECT, f08c47fec0942fa0